"BUKAN MELAYU ADA HAK JADI PM.." - DAP DAKWA PENDIRIAN HADI AWANG BIADAP RASIS!!
Kelihatan DAP berang dengan
kenyataan secara terbuka Pengasas Kerajaan Perpaduan aka Presiden PAS
Hadi Awang yang tegas memberi jaminan Pakatan akan memilih Pemimpin
Islam dan berbangsa Melayu sebagai kriteria utama untuk diangkat sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
Sambil
menafikan ianya dibincangkan menerusi Pimpinan Pakatan, Pengerusi DAP
Karpal Singh menyangkal dakwaan MP Marang itu dan menyifatkan kenyataan
tersebut bersifat diktator dan anti demokrasi.
DAP dakwa Karpal akan terus
memperjuangkan apa yang disebut hak individu sebagai Pimpinan Negara
untuk dijulang sebagai PM waimah ianya bukan dari kalangan Islam dan
Melayu.
Beliau turut menganggap Hadi
Awang buta perlembagaan dan rasis kerana tiada undang-undang di Negara
ini menghalang orang bukan Melayu dan Bukan Islam menjawat jawatan
Perdana Menteri
Malah PAS sepatutnya lebih
terbuka menerima PM dari kalangan Bukan Islam dan Melayu jika individu
tersebut dilihat layak membawa pembangunan di Negara ini dari segala
sudut.
Karpal turut mengesahkan pernah
membincangkan soal pindaan perlembagaan berkaitan kriteria jawatan PM
bersama beberapa Anwar Ibrahim dan ianya bakal mendapat kata sepakat
dengan penuh berhemah.
Hadi Awang yang membuat
pengesahan tersebut menerusi kenyataan pada Majlis Himpunan Hijau ke
Putrajaya baru2 ini turut dilihat bercanggah dengan kenyataan Nik Aziz
yang mendakwa PAS tidak menghadapi sebarang masalah jika PM dilantik
dari kalangan bukan Melayu.

No comments:
Post a Comment