Saturday, June 2, 2012

Shahrizat Tidak Berkaitan Kontrak NFC, Siasatan Ditutup – SPRM

01/06/2012 Umum
20120601
KUALA LUMPUR 31 Mei – Badan bebas, Panel Penilaian Operasi hari ini bersetuju menutup kes Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pemberian pinjaman RM250 juta yang ketika ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini berikutan, siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mendapati tiada pembabitan dan salah guna kuasa Shahrizat dalam kes itu.
Pengerusi panel penilaian itu, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kes siasatan NFC terbahagi kepada dua iaitu siasatan yang dilakukan oleh polis dan siasatan berkaitan pembabitan Shahrizat dalam proses pinjaman RM250 juta kepada sebuah syarikat.
“Panel penilaian mendapati Shahrizat tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman RM250 juta dan sehubungan itu, pihak Peguam Negara membuat keputusan supaya kes itu ditutup,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel penilaian itu di Akademi SPRM di Jalan Duta, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

from.. http://www.wanitaumno.my/?p=623

No comments:

Post a Comment