|
Kategori
:
AKIDAH Akhlak
|
Tajuk
: |
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia |
Hadith :
|
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku
mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka
tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi
mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap
mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau
katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang
panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah
Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang
demikian itu”.
Riwayat Muslim
|
|
Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak
bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah
kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang
sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan
dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber
: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment