Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan keluarga beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada 24 Oktober 1260. Biarpun sejarah hidupnya tidak lama, namun kesannya amat bermakna kepada sejarah survival umat Islam.
Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak
bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam
tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk
yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.
Baginda
mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi
kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa baginda
sanggup menggadai barang-barang istana baginda termasuk harta para
pembesar Mamluk tanpa mengenakan
cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan
dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.
Semasa
sedang berperang, kuda yang dinaiki oleh baginda terbunuh, baginda
lekas menuruninya dan berlari menentang musuh. Tentera bawahannya
menawarkan kuda kepada baginda lalu lantas baginda menjawab, “Saya tidak
mahu menghalangimu untuk memberikan menfaat kepada orang Islam.”
Semangat jihadnya yang tinggi memberikan perangsang motivasi kepada para
tenteranya untuk memburu syahid yang sentiasa dilaungkan oleh baginda.
Peperangan ini berlangsung selama 4 hari.
Jasa
Antara jasa baginda yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah pasukan Islam berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa didalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudahpun ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Dengan kerjasama daripada panglima baginda iaitu Panglima Baibars,
Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengisytiharkan perang terhadap
tentera Mongol dengan membunuh empat orang utusan perangnya (ada
sebahagian ahli sejarah menyatakan empat orang utusan perang Mongol
adalah perisik). Pembunuhan ini menyebabkan kemarahan pihak Mongol.
Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di tempat yang bernama Ain Jalut yang
mana pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam seterusnya
menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain
akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
Kemaraan Tatar ke Negara Islam (617 H dan 628 H)
Serangan
Tatar ke atas umat Islam di bawah pimpinan kerajaan Abbasiah sebenarnya
tidak berlaku hanya pada tahun 656 H di dalam peristiwa kejatuhan
Baghdad. Sebaliknya sebelum itu sudah pun ada dua siri serangan Tatar
iaitu pada tahun 617 H dan 628 H.
Serangan pertama Tatar
ke atas umat Islam berlaku pada tahun 617 H – 620 H di bawah pimpinan
Genghis Khan. Serangan kali pertama ini mempunyai sebabnya yang
diperselisihkan oleh ahli sejarah Islam. Apa pun puncanya, Dr. Raghib
as-Sarjani lebih cenderung untuk mengatakan bahawa niat untuk
menjatuhkan kerajaan Abbasiah memang telah wujud di dalam hati Genghis
Khan sejak sekian lama.
Oleh
kerana jarak yang jauh dari bumi China ke bumi Iraq, Genghis Khan
menumpukan serangan pertamanya pada kali ini ke atas bumi Afghanistan
dan Uzbekistan. Bumi ini dipilih kerana ia mempunyai sumber asli yang
banyak dan amat sesuai untuk dijadikan pengkalan tentera Tatar untuk
siri-siri serangan yang seterusnya.
Serangan
pertama ini berjaya. Tatar berjaya bertapak di bumi tersebut dan bumi
sekitarnya (Turkimenistan, Kazakhastan, Tajikistan, Pakistan dan
sebahagian dari Iran). Kesemua negara-negara ini dahulunya dikenali
sebagai Daulah Khawarizmiah. Hasil dari kejayaan ini, pemerintahan Tatar
mula kukuh di kawasan tersebut. Mereka mempunyai pengkalan dan pusat
pentadbiran mereka di tengah-tengah kerajaan Islam.
Serangan kedua Tatar
ke atas umat Islam pula berlaku pada tahun 628 H. Pada tahun 624 H,
Genghis Khan telah digantikan oleh seorang lagi raja Tatar yang tidak
kurang bengisnya iaitu Okitai. Kerajaan Tatar di Mongolia dan China pada
masa itu berada dalam keadaan stabil dan kuat. Keadaan ini memberikan
banyak kelebihan kepada Okitai.
Lalu
bermulalah serangan kedua Tatar ke atas umat Islam sebagai menyambung
serangan yang pertama di zaman Genghis Khan. Serangan pada kali ini
ditumpukan di sekitar bumi Rusia dan Eropah. Okitai melantik panglima
perangnya, Syurmajan untuk mengepalai serangan pada kali ini.
Suasana
bertambah buruk pada serangan kedua ini kerana pimpinan Islam pada masa
itu berada dalam keadaan berpecah belah. Manakala sebahagian umat pula
telah mula menunjukkan sikap pengecutnya dan tidak berani untuk
melancarkan jihad. Ibnu al-Athir di dalam kitabnya al-Kamil
meriwayatkan beberapa cerita yang didengarinya daripada sebahagian umat
Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan kedua ini. Di
antaranya:
a.
Seorang tentera Tatar masuk ke dalam sebuah perkampungan seorang diri.
Kemudian dia membunuh penduduk kampung tersebut seorang demi seorang
tanpa mendapat tentangan dari sesiapa pun.
b.
Seorang tentera Tatar menangkap seorang muslim. Oleh kerana tentera
Tatar tersebut tidak bersenjata, dia telah mengarahkan pemuda muslim
tadi agar melekapkan mukanya ke tanah dan tidak bergerak. Tentera Tatar
tersebut pulang mengambil senjata dan kemudian datang kembali lalu
membunuh pemuda tersebut.
c.
Tentera Tatar memasuki bandar Badlis (sekarang berada di selatan
Turki). Laluan ke bandar tersebut adalah laluan di celah-celah bukit
yang sungguh sempit. Tidak ada seorang pun tentera Islam yang berjaya
melepaskan diri dari serangan Tatar di bandar tersebut. Penduduk bandar
tersebut pula melarikan diri ke atas bukit dan membiarkan Tatar membakar
keseluruhan bandar tersebut.
Kejatuhan Baghdad
Pada
tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan
tentera Tartar. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah,
tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin
yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat
Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam
hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu
Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan
khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak
cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak
kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan
mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman
akibat banyaknya kitab- kitab tersebut. Ketika itu, seluruh kota Islam
(Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya
yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Tiga Langkah Awal
Qutuz
mengambil tiga langkah awal sebelum melancarkan peperangan ke atas
Monggol. Ketiga-tiga langkah ini dilihat amat berkesan dan menjadi
sumber kekuatan kepada tentera Islam pada ketika itu.
Langkah pertama yang
diambil oleh Qutuz adalah mengembalikan kestabilan keadaan dalaman
Mesir. Beliau memanggil golongan istana, pembesar-pembesar,
menterimenteri, ulama’-ulama’ dan golongan berpengaruh di dalam
masyarakat. Beliau berkata kepada mereka: “Apa yang aku inginkan
dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk melawanTatar
(Monggol). Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita
berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Monggol, urusan ini
terletak di tangan kamu semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki
untuk menjadi pemerintah.”
Ucapan
Qutuz tersebut telah meredakan ketamakan sebahagian dari pembesar yang
berniat untuk merampas takhta Mesir dari tangan Qutuz. Lihatlah betapa
ikhlasnya Qutuz yang tidak mengharapkan sebarang balasan dunia dengan
jawatannya sebagai seorang Sultan sekaligus menunjukkan bahawa beliau
ini benar-benar merupakan seorang yang sanggup memikul tanggungjawab
menyelamatkan umat tatkala tiada yang sanggup memikul beban tersebut.
Langkah kedua yang
telah dilakukan oleh Qutuz adalah memberikan pengampunan kepada semua
penyokong Mamalik Bahriah (penyokong kerajaan lama). Mamalik Bahriah
mempunyai pengalaman yang luas di dalam medan peperangan. Di antara
kehebatan yang pernah mereka tunjukkan adalah kemenangan mereka di dalam
Perang Mansurah (salah satu siri perang Salib) pada tahun 648 H.
Pengampunan itu telah berjaya memujuk mereka yang telah keluar
meninggalkan Mesir untuk kembali ke Mesir. Rombongan penyokong Mamalik
Bahriah kembali berduyun ke Mesir dari bumi Syam, Karak (di Jordan
sekarang) dan bumi kerajaan Saljuk. Dengan itu Mesir berjaya mendapatkan
kembali kekuatan tenteranya.
Langkah ketiga yang
diambil oleh Qutuz adalah mengusahakan penyatuan semula antara Mesir
dan Syam, dua wilayah Islam yang kuat. Raja Nasir al-Ayubi (Raja
Damsyik) telah melakukan perjanjian damai dengan Monggol. Perjanjian itu
tidak berhenti setakat memohon perdamaian, bahkan Raja Nasir al-Ayubi
pergi lebih jauh dari itu dengan meminta bantuan Monggol untuk
menjatuhkan Mesir.
Qutuz
menulis surat kepada Raja Nasir al-Ayubi memohon penyatuan Mesir dengan
Syam. Bahkan beliau menyatakan kesanggupannya untuk duduk di bawah Raja
Nasir al- Ayubi. Malangnya surat tersebut tidak dilayan. Tetapi apabila
Damsyik dan Halab ditawan oleh Monggol dan selepas Raja Nasir al-Ayubi
lari menyelamatkan diri ke Karak, tentera Syam telah bergerak menuju ke
Mesir dan bergabung dengan tentera Mamalik. Kesatuan ini menambahkan
lagi kekuatan Mesir dan memberikannya satu semangat yang cukup kuat
untuk berhadapan dengan Monggol. Ketiga-tiga langkah ini telah
memberikan Mesir satu kekuatan baru bagi umat Islam ketika itu.
Maranya Tentera- Tentera Allah
Ketika
Mesir masih lagi di peringkat awal untuk mempersiapkan dirinya, empat
orang wakil Hulagu telah datang memberikan surat perutusan dari beliau.
Wakil tersebut datang beberapa hari selepas kejatuhan Halab (Safar 658
H), iaitu hanya tiga bulan selepas Surat tersebut telah memperlekehkan
kekuatan tentera Islam dan memberikan kata dua kepada mereka; menyerah atau berperang.
Sebahagian dari pembesar pada masa itu mula merasa takut dan ingin
menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika masih lagi tidak
seberapa jika dibandingkan dengan Monggol yang menguasai satu kawasan
jajahan yang cukup luas (dari Korea ke Poland hari ini).
Namun
sikap yang ditunjukkan oleh Qutuz amat membanggakan umat Islam pada
ketika itu. Sikap itu terus menerus menjadi punca kepada kehebatannya
pada pandangan mata umat sepanjang zaman. Qutuz mengambil keputusan
untuk menghadapi Monggol dan tidak akan melarikan diri seperti mana yang
dilakukan oleh sebahagian umat Islam. Dia juga mengambil sikap tidak
akan menghulurkan perdamaian kepada Monggol sebagai mana yang menjadi
pilihan sebahagian Raja-raja Islam pengecut ketika itu.
Qutuz mengumpulkan pembesar-pembesar dan panglima-panglima perangnya lalu berkata kepada mereka: “Wahai
pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu
tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih
untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah
ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang
dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”
Kata-kata
beliau telah menyentak dan menyedarkan kembali pembesar-pembesar Mesir
ketika itu. Mereka bukan berhadapan dengan dua pilihan yang diberikan
oleh Hulagu, tetapi mereka berhadapan dengan pilihan yang diberikan oleh
Allah terhadap mereka. Jihad pada ketika itu adalah fardhu dan mereka
tidak ada pilihan selain dari itu.
Masalah Belanjawan Perang dan Fatwa al-Izz bin Abdis Salam
Dalam
keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi ketika itu,
Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu
setelah surat ancaman Hulagu sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa
serangan Monggol akan datang pada bila-bila masa. Monggol sudah berada
di sempadan Mesir. Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari
rakyat jelata, Ulama’ Mufti Mesir, Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan
satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:
“Apabila
negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh.
Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan
dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu
(pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan
tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat
jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat
sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka
ianya adalah sangat dilarang!”
Fatwa
yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz. Beliau
memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan
semua yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan; Mesir
adalah negara yang kaya. Tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan
oleh sebahagian pimpinan pada masa itu. Penyerahan harta dari pembesar
negara telah disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan
harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Semua
turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam
benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang
segera.
Perjanjian Damai di Akka
Untuk
sampai ke tempat yang sesuai dijadikan medan perang di Palestin,
tentera Islam terpaksa melalui bandar Akka. Bandar Akka pada ketika itu
masih lagi di bawah jajahan tentera Salib. Tentera Salib berada dalam
keadaan yang cukup lemah di Akka. Kelemahan ini hasil dari keletihan
peperangan yang mereka terpaksa hadapi dari tentera Salehudin Ayyubi
sebelum ini. Pembebasan Quds berlaku pada tahun 643 H manakala
Peperangan Mansurah berlaku pada tahun 648 H. Walaupun begitu, untuk
membebaskan Akka dari tentera Salib tidaklah semudah yang disangkakan
kerana benteng terkuat tentera Salib adalah di Akka. Pada saat ini,
kemungkinan berlakunya persepakatan di antara tentera Monggol dan
tentera Salib yang akan menguatkan kembali Akka. Maka langkah yang
diambil oleh Qutuz adalah melakukan perjanjian damai sementara dengan
pemerintah Salib di Akka yang akan berakhir apabila peperangan menentang
Monggol selesai.
Kegoncangan Saff Tentera Muslimin
Kini
peperangan benar-benar berada di ambang mata. Ketakutan menyelubungi
sebahagian tentera kerana Monggol adalah kekuatan gila yang tidak pernah
dikalahkan. Bahkan pada zaman itu meniti dari mulut ke mulut satu mitos
yang diterima oleh semua orang pada masa itu ‘jika kamu mendengar Monggol dikalahkan, jangan percaya’.
Mereka
lari meninggalkan tentera Islam. Sebahagiannya lari ke bumi Hijaz. Ada
yang lari ke Yaman. Ada juga yang lari jauh sehingga ke Morocco. Hasil
dari itu tentera Islam benar-benar bersih dari jiwa-jiwa yang kotor. Yang
turut berperang adalah mereka yang benar-benar jelas matlamatnya, kuat
dan berani menanggung segala risiko. Mereka bersedia untuk syahid di
jalan Allah. Saff muslimin berada di kemuncak persiapan.
Segala-galanya telah disiapkan oleh Qutuz, Pahlawan yang menyerahkan
seluruh kehidupannya untuk agama Allah. Kini tentera Islam sudah
benar-benar bersedia untuk menghadapi Monggol.
Menuju Bumi Palestin Menumbangkan Monggol
Pergerakan
tentera Islam bermula pada bulan Julai 1260 M. Bulan Julai adalah musim
panas. Merentasi padang pasir di dalam musim panas bukanlah suatu yang
mudah. Ditambah pula mereka akan menghampiri bulan Ramadhan. Tetapi
Qutuz tidak menangguhkan langsung operasi tersebut.
Qutuz
telah membagikan tenteranya kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama agak
kecil jika dibandingkan dengan kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini
diketuai oleh panglima Islam yang hebat, Ruknuddin Baibras. Kumpulan ini
berjalan terpisah agak jauh dari kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini
berjalan menzahirkan dirinya manakala kumpulan kedua berjalan dengan
perlahan dan menyembunyikan diri. Ini adalah antara taktik perang yang
dilakukan oleh Qutuz untuk mengelabui mata musuh agar musuh silap di
dalam menghitung kekuatan tentera Islam.
Satu
pasukan kecil di bawah pimpinan Baibras diletakkan di bahagian utara
sementara tentera yang lain bersembunyi di sebalik pokok. Semua berada
dalam keadaan bersedia menanti kedatangan Katabgha dan tentera Monggol.
Pada
malamnya Qutuz dan tentera Islam melakukan tahajud dan memohon dari
Allah kemenangan tentera Islam dalam pertempuran esok hari. Malam itu
adalah malam 25 Ramadhan dan kemungkinan ia adalah malam Lailatul Qadar.
Mereka menghabiskan malam mereka dengan tahajud dan doa serta
menyerahkan diri kepada Allah. Moga-moga Allah menerima mereka sebagai
hambaNya dan memberikan kemuliaan kemenangan atau syahid di medan
pertempuran esok hari. Moga-moga esok adalah hari di mana mereka boleh
menebus semula kematian jutaan umat Islam di tangan Monggol.
25 Ramadhan 658 H
Serangan Pertama: Bermula Peperangan
Bermulalah
pertempuran. Katabgha yang menyangka bahawa pasukan Baibras yang kecil
itu adalah keseluruhan tentera Islam telah mengarahkan keseluruhan
tenteranya untuk masuk ke medan pertempuran. Mereka menyerbu masuk
dengan jerit pekik yang kuat. Baibras dan tenteranya berdiri tenang di
tempat masing-masing menantikan kemaraan Tentera Monggol yang berjumlah
berkali ganda dari bilangan pasukan mereka. Apabila tentera Monggol
sudah hampir kepada mereka, Baibras memberikan isyarat kepada tenteranya
untuk merempuh ke depan. Pedang bertemu pedang. Darah mula mengalir.
Satu demi satu nyawa melayang. Walau pun begitu, Baibras dengan bilangan
tentera yang sedikit masih mampu bertahan. Ketakutan mula meresap masuk
ke dalam diri tentera Monggol. Belum pernah mereka menghadapi kekuatan
sedemikian. Pemilihan Qutuz sememangnya tepat. Panglima-panglima perang
yang dipilih untuk bertembung di peringkat awal dengan Monggol dan
menghabiskan tenaga Monggol adalah panglima perang Mamalik terbaik.
Mereka adalah panglima yang terlibat sekali di dalam mengukir kemenangan
di dalam peperangan Mansurah menentang tentera Salib pimpinan Louis IX.
Qutuz dan baki tentera masih lagi menanti di sebalik tempat
persembunyian mereka menyaksikan peperangan tersebut dan menunggu waktu
sesuai untuk masuk ke serangan kedua.
Serangan Kedua: Mengepung Tentera Monggol
Masanya
sudah tiba untuk Qutuz memberikan arahan baru. Arahan seterusnya adalah
agar Baibras dan tenteranya berundur secara seimbang dan berpura-pura
lemah. Taktik ini adalah taktik yang sama digunakan oleh tentera Islam
di dalam peperangan Nahawand ketika tentera Islam di zaman Saidina Umar
r.a. membuka Parsi. Taktik ini digunakan untuk menarik tentera Monggol
yang sudah keletihan masuk ke tengah-tengah medan peperangan dan
mengepung mereka di situ. Sebagaimana yang kita ketahui medan Ain Jalut
berbukit di seluruh kawasannya. Kepungan itu agak mudah untuk dilakukan
jika sekiranya Baibras berjaya menarik tentera Monggol ke tengah medan.
Katabgha
tertipu. Dia mengarahkan seluruh tenteranya untuk masuk ke dalam medan
perang tanpa menyedari taktik tersebut. Ini adalah satu yang cukup pelik
berlaku kepada beliau. Katabgha adalah panglima perang Monggol yang
mahir. Menjadi panglima perang sejak zaman Genghis Khan. Ketika
peperangan Ain Jalut, beliau berusia lebih 60 tahun atau mungkin lebih
70 tahun. Satu usia yang memberikan pengalaman yang tidak sedikit
berkenaan taktik-taktik perang di zaman itu. Tetapi Allah mengatur
segala-galanya. Taktik ini berjaya. Tentera Monggol telah berada dalam
kepungan. Pada ketika baki tentera Islam muncul, Katabgha menyedari
kesilapannya. Mereka juga nampak kematian semakin menghampiri mereka.
Serangan Ketiga: Kekuatan Bahagian Kanan Monggol
Katabgha
memberikan arahan agar semua tenteranya berjuang mati-matian. Mereka
seolah-olah mengamuk dan mengasak tentera Islam menggunakan kekuatan
bahagian kanan tentera Monggol. Bahagian kiri tentera Islam telah diasak
dengan dahsyat oleh mereka. Gugur di kalangan tentera Islam seorang
demi seorang sebagai syahid. Qutuz yang melihat dari atas bukit merasai
kesukaran yang dihadapi oleh tentera Islam. Langkah yang diambil oleh
beliau amat menakjubkan. Beliau mencampakkan topi besinya lalu
melaungkan ‘wa Islaaamah’ (Demi Islam-Nya!!!). Laungan
ini diucapkan oleh beliau sambil beliau turun ke medan perang dengan
menunggang kudanya. Langkah ini diambil oleh Qutuz untuk menaikkan
semangat tentera Islam.
Tentera
Monggol terperanjat dengan kehadiran Qutuz di tengah-tengah medan
perang. Qutuz memerangi mereka dengan penuh semangat seolah-olah beliau
tidak langsung sayangkan nyawanya. Beberapa libasan pedang dan tombak
hampir menemui beliau. Kudanya berjaya ditikam mati oleh tentera Monggol
menyebabkan beliau terjatuh. Pun begitu beliau meneruskan jihadnya
dengan berjalan kaki sehinggalah beliau berjaya mendapatkan kuda
bantuan.
Seorang
pembesar istana menjerit dan mencelanya kerana lambat menaiki kuda.
Beliau bimbangkan Qutuz terbunuh lalu dengan itu akan kalahlah tentera
Islam. Tetapi Qutuz menjawab: “Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju syurga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.” Tentera Islam bertambah semangat dengan turunnya Qutuz ke medan perang.
Kematian Katabgha
Dibunuh
oleh Jamaludin Aqusy as-Syams. Beliau adalah salah seorang panglima
perang Mamalik. Pernah berada di bawah Raja Nasir al-Ayyubi. Kemudian
beliau meninggalkannya setelah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh
Raja Nasir al- Ayyubi. Beliau merempuh tentera Monggol sehingga berjaya
masuk ke tengah-tengah tentera tersebut. Di situ beliau melihat
Katabgha. Jamaluddin tidak menunggu lama. Beliau mengumpulkan seluruh
tenaganya dan melibas pedangnya ke arah leher Katabgha. Kepala Katabgha
berpisah dari badan dan tercampak ke tengah medan perang di hadapan
tentera Monggol. Ketakutan makin meningkat melihat kematian Katabgha di
hadapan mata mereka. Tentera Monggol mula melarikan diri melalui
bahagian utara Ain Jalut. Tentera Islam mengejar mereka.
Berakhirnya Kekuatan Monggol
Tentera
Monggol berjaya memecahkan kepungan tentera Islam. Mereka melarikan
diri dan berhenti di Bisan. Tentera Islam terus mengejar mereka. Berlaku
pertembungan yang lebih sengit. Kali ini tentera Monggol benar-benar
menggila untuk memastikan mereka terus hidup. Qutuz berada di
tengah-tengah medan peperangan memberikan semangat kepada tentera Islam.
Beliau melaungkan: “Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Monggol!” Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam.
Medan
peperangan kembali sunyi. Tidak ada lagi bunyi gendang. Tidak ada lagi
jeritan Monggol. Tidak ada lagi takbir para petani. Tidak ada lagi bunyi
libasan pedang. Mayat-mayat tentera Monggol mati bergelimpangan dalam
bentuk yang mengerikan. Qutuz berjalan di tengah medan perang yang sudah
sunyi melihat hasil peperangan selama sehari di bulan Ramadhan.
Kesudahan Yang Baik Buat Pemimpin Yang Hebat
Qutuz
sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya
berjaya membunuh kesemua tentera Monggol. Ya! Kesemuanya. Tidak ada
seorang pun dari tentera Monggol yang berjaya melepaskan diri mereka
hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh tentera Islam di dalam
peperangan yang cukup hebat ini.
Maruah
umat Islam berjaya dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berjaya
dibalas oleh Qutuz. Sememangnya beliau seorang pemimpin hebat yang
berjaya mencipta satu sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam
sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi Qutuz untuk menjatuhkan
Monggol yang bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun. Semua
itu berlaku pada 25 Ramadhan.
Alangkah
terharunya kita membaca kisah keperkasaan Sultan Saifuddin Qutuz dan
tentera-tenteranya. Namun, pada masa yang sama kita berasa marah
bercampur sedih apabila begitu banyaknya melimpah darah-darah umat Islam
yang ditumpahkan oleh kuffar Amerika dan Israel tanpa pembelaan
daripada seorang pun pemimpin umat Islam. Yang ada hanyalah
pengkhianatan dengan pertemuan-pertemuan mesra dan bersalam-salaman
dengan pemimpin Amerika pembunuh nombor satu umat Islam! Moga pahlawan
seperti Qutuz akan ada penggantinya, yakni ketika Khilafah memimpin
dunia. Aamin.







No comments:
Post a Comment