Friday, December 23, 2011

Budak sekolah la ni, Memang cukup berani, Berzina itu dah macam hobi, Dalam sekolah pun boleh jadi. Budak sekolah la ni, Marah sikit, bawak diri, Tak balik rumah berhari-hari, Sampai polis kena cari. Budak sekolah la ni, Mana ada takut mati, Merempit, berlumba dan wheelie, Selagi tak accident, mana peduli. Budak sekolah la ni, Di rumah pijak semut tak mati, Di sekolah dialah kaki buli, Kaki peras, kaki pukul dan mencuri. Budak sekolah la ni, Hisap rokok dah jadi tabii, Minum arak sembunyi-sembunyi, Bukan susah, boleh beli di 7E. Budak sekolah la ni, Apalah nak jadi, Makin teruk hari ke hari, Salah siapakah semua ini terjadi? Negara tak salah, itu pasti, Takkanlah pulak salah menteri, Mustahil salah mak bapak mereka sendiri, Mestilah semua salah Illuminati! Bukankah rencana mereka semua ini?

No comments:

Post a Comment