Friday, December 23, 2011

Polis kata jangan Apabila aib manusia didedah, Apabila pekung di dada digeledah, Banyaklah mulut mengata, Ada yang kata dusta, ada yang percaya. Sebenarnya mencampuri hal dunia, Adalah tanggungjawab kita, Tetapi ada batas-batasnya. Mengulas tentangnya jangan, Mengata tentangnya jangan, Menyebar berita pun jangan, Menuduh sesiapa juga jangan, Menghukum mana-mana jangan, Namun, Mengelak darinya dibolehkan, Berdiam diri lagi disyorkan. Kerana, Hindarkan diri kita daripada fitnah, Agar iman kita semua tidak goyah.

No comments:

Post a Comment