Saturday, December 31, 2011

Tiada Undang-undang Terhadap Gay: Satu Lagi Bukti Kebodohan Sistem Demokrasi Lewat tahun 2010, negara digemparkan dengan satu isu gay seorang lelaki muslim yang bernama Azwan Ismail. Lelaki gay ini tanpa segan silu menyatakan dirinya adalah lelaki gay di laman YouTube yang bertajuk 'Saya Gay, Saya OK'. Namun, disebabkan kebodohan dan kepincangan sistem demokrasi, penjenayah-penjenayah gay ini amat sukar untuk dibawa ke muka pengadilan, kerana undang-undang kufur daripada sistem demokrasi tidak memperuntukkan undang-undang untuk mendakwa golongan berhawa nafsu songsang ini. Namun begitu, masih ramai lagi umat Islam yang berharap kepada sistem ini, kononnya sistem inilah merupakan sistem yang terbaik. Ada juga berpendapat, umat Islam seharusnya mengambil demokrasi kerana ia bersesuaian dengan kehendak zaman. Ternayata demokrasi langsung tidak mengikut kehendak zaman dan bukan merupakan sistem yang terbaik. Lihatlah, isu gay ini pun sistem demokrasi tidak dapat memperuntukkan penyelesaian. Sebaliknya, Islam itu lengkap dengan penyelesaian apa jua masalah, tanpa tertinggal walaupun satu masalah. Bukan sahaja isu gay ini tidak dapat diselesaikan, malah, masalah ini pasti akan berkembang lagi kerana ketiadaan suatu sistem untuk menghalang daripada anasir jahat ini daripada terus disebarkan. Masakan tidak, dalam demokrasi, manusia menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Di dalam parlimen, ahli-ahli parlimen menggunakan undi untuk menyelesaikan masalah walaupun ketetapan-ketetapan telah disediakan oleh Allah SWT. Adakah kita perlu mengundi untuk melaksanakan kewajipan solat? Adakah kita perlu mengundi untuk melaksanakan kewajipan puasa? Begitu juga dengan kewajipan penerapan sistem-sistem Islam. Adakah kita perlu mengundi supaya sistem Islam itu diterapkan? Hukum-hakam Islam itu haram untuk diundi, tetapi wajib untuk diterapkan! Oleh yang demikian, apa lagi yang kita harapkan daripada sistem demokrasi yang penuh dengan kepincangan ini? Bayangkanlah, bagaimana sekiranya abang atau adik kita yang terjebak dalam kancah gay?

No comments:

Post a Comment