Tuesday, January 17, 2012

UMNO bangkit menyerang setelah selama ini di tuduh sebagai perpecahan dalaman yang mencetuskan 13 Mei 1969. Banyak teori yang telah dimomokkan oleh pembangkang sebagai punca 13hb Mei 1969 dan di antaranya adalah perebutan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Tidak dapat tidak ramai yang tahu perayaan kemenangan parti pembangkang dan tindakan drastik mereka yang memulakan kebangkitan isu perkauman adalah punca berlakunya 13 Mei 1969. Hari ini dalam perhimpunan Agung 2011 – UMNO membuat tuduhan terus bahawa DAP adalah punca 13hb Mei 1969. Lim Kit Siang melenting dengan kenyataan tersebut. Mereka menuduh UMNO sengaja menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Tuduhan ini agak rakus kerana sewaktu mereka menuduh UMNO menjadi punca 13hb Mei 1969 – ia menjadi seolah-olah bukan satu kesalahan tetapi sekarang apabila tuduhan itu dikembalikan kepada pihak parti lawan. Hari ini UMNO dengan berani mengatakan DAP adalah punca 13hb Mei 1969.

No comments:

Post a Comment