PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 25, 2012
GEMAPR !!!!!!.SYARIKAT YANG MENDAPAT KONTRAK KERAJAAN MEMBIAYAI PORTAL PEMBANGKANG
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendakwa bahawa penaja The Malaysian Insider, sebuah portal berita pro-pembangkang, telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.
Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd., yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.
Azwanddin mendakwa dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bahawa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient E-Solution, manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.
Ketua JMM itu juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan ketiga-tiga pengarah itu kerana kontrak itu diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan II.
Azwanddin juga mendakwa Shaik Aqmal dan Sreedhar, yang menjadi penandatangan kontrak dengan LHDN telah menggunakan Regalia Records Management Sdn. Bhd., yang mana VPI International mempunyai kepentingan di dalamnya, untuk menaja dan membiayai Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar. – Bernama
Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang di 7:40:00 PTG 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 18 Julai 2010
MELAYU MESTI BERSATU MENJELANG PRU 13
Sebelum PRU 13 atau semasa PRU 13, parti-parti berasaskan Melayu Islam mesti di satukan bagi mendapat majoriti di Parlimen seterusnya mengekalkan pemerintahan kerajaan Melayu Islam di dunia ini, jika gagal maka tiada lagi kerajaan Melayu Islam di muka bumi ini.
Ramai Penganalisa politik meramalkan bahawa penyatuan atau perpaduan antara UMNO – PAS sukar untuk di laksanakan. Ini kerana. PAS dan UMNO tetap dengan prinsip perjuangannya. Pas berkeras dengan retorik mereka untuk membentuk sebuah negara Islam dan tidak mengiktiraf sebarang usaha UMNO dalam mengangkat syiar Islam di Malaysia selama lebih 50 tahun pemerintahannya.
Jika di senaraikan satu persatu, terlalu banyak agenda UMNO yang telah dizahirkan untuk memertabatkan Islam walaupun jumlah penganut agama Islam di Malaysia tidak lebih dari 60 %. Sebahagian besar pembangunan Islam bukan sahaja diterima oleh penyokong dasar kerajaan tetapi sebahagian besar penentang tegar kerajaan menikmati faedahnya secara total. Hairan kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP sedangkan dasar kedua-dua parti itu tidak ada yang menjurus kepada mendaulatkan syiar Islam sebaliknya lebih bersifat balas dendam terhadap pemecatan Anwar (PKR) dan Penghapusaan Negara Melayu Islam.(DAP).
Kesan Pilihanraya ke-12 menyaksikan kedudukan genting orang Melayu Islam di Parlimen, yang mempertahankan kerajaan BN bilamana daripada 222 kerusi Parlimen hanya;
78 ahli Parlimen Melayu Islam (UMNO) iaitu hanya 35 %,
Ahli Parlimen Melayu Islam yang menentang kerajaan atau yang bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam adalah 39 orang iaitu 17.6%, (termasuk ahli Parlimen Melayu Islam dalam PAS dan PKR)
Bukan Melayu Islam 97 orang (termasuk dari komponen BN,DAP,PKR,PSM) iaitu 43.7%.
Bebas 8 orang, 3.6%.
Belum lagi PRU 13 matematik mudah menunjukkan bahawa orang Melayu Islam (UMNO) tiada kuasa di Parlimen bilamana hanya 78 suara berbanding dengan 136 suara (ahli Parlimen pembangkang Melayu Islam dan bukan Melayu Islam dan ahli Parlimen BN yang bukan Melayu Islam). 8 lagi ahli Parlimen Bebas letak tepi dulu. Dalam keadaan begini apakah kau orang fikir senang bagi UMNO untuk mempertahankan dan mendaulatkan Agama dan Perlembagaan?. Perlu ingat dari 78 ahli Parlimen UMNO ini pun ada juga seekor dua yang Islam liberal. Maka makin susahlah usaha menegakkan syiar Islam di Negara ini kalau PAS dan UMNO tidak bersatu.
Kalau Ahli Parlimen bukan Melayu bersatu dan di tambah dengan PAS, maka jumlah ahli Parlimen Pembangkang pada PRU 13 adalah sebanyak 136 orang, menjadikan 62% Parlimen di kuasai oleh Pembangkang. Aku tak kata dari 23 Ahli Parlimen PAS semuanya tidak menyokong agenda Islam dan Bangsa, tapi prinsip mudahnya di Parlimen mereka ini Pembangkang dan memang sifat mereka membangkang melulu, paling tidak bila undi mereka akan keluar dewan untuk jaga hati Pakatan Haramjadah (PKR/DAP).
Aku rasa PAS dan UMNO tidak perlu lagi retorik berbincang untuk penyatuan, kalau PAS nak bersama UMNO silalah sertai Barisan Nasional, jika tidak boleh jalan. Apa yang penting bagi UMNO ialah melaksanakan amanah rakyat yang seperti mana dalam manifesto pilihanraya. Penerangan yang betul dan laporan yang benar boleh membunuh tohmahan dan fitnah puak-puak pembangkang yang semenangnya sanggup mempergunakan agama untuk meraih kuasa politik mereka.
HIDUP MELAYU, HIDUP ISLAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment