PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 25, 2012
"PASRAEL" INILAH WADAH PERJUANGAN SEBENAR PAS
Sepanjang minggu ini parti hamPAS, melalui kuda tua masing-masing berhemPAS pulas menepis, menafi dan menidakkan tindakkan sesetengah pihak dalam partinya sendiri datang atau berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Ulasan Khalid Samad kepada wartawan berkenaan tulisan di dalam blognya menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.
“Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. Sekirangnya ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak wala kepada parti.Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan Umno.Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti,” katanya.
Banyak juga bloger-bloger fahaman PAS mencadangkan memecat sesiapa ahlinya yang berjumpa Mufti Perak, tapi tidak ada yang mengarahkan pecat ahlinya yang sujud dan jilat DAP.
Persoalannya?.
Apakah HARAM hukumnya berjumpa Mufti.
Mestikah nak jumpa Mufti kena dapat kebenaran dewan tertinggi PAS Pusat?.
Adakah bila TS Harussani kata ada pemimpin PAS jumpa dia bermakna mesti pemimpin PAS peringkat tertinggi sahaja ke?. apahal kalau ketua cabang atau ketua ranting PAS yang datang jumpa?.Bukan pemimpin kah mereka?.
Apakah Perjuangan PAS sekarang?. Membangunkan ISLAM atau menghancurkan ISLAM?
Apakah PAS adalah agen Yahudi di Malaysia yang menyokong perpecahan ummah.
Saya petik tulisan Dr. Ridhuan Tee dalam tulisannya JANGAN MEMBUANG MASA- Utusan Malaysia 25.Julai 2010.untuk renungan.
”Apakah mereka yang berhati mulia ini telah melakukan dosa atau maksiat kerana bertemu dengan mufti Perak? Tidakkah ia merupakan kerja-kerja para anbiya yang perlu diteruskan? Inilah dilema yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Mereka lebih rela bekerjasama dan berkawan dengan orang yang jelas menentang Islam daripada mereka yang masih ada hati kepada Islam. Janganlah terlalu bersangka buruk dengan umat Islam. Mereka tetap saudara kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka.”
Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang di 9:49:00 PG 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 21 Julai 2010
SIAPA SUTERADARA FILEM ANWAR IBRAHIM THE RETURN
Sudah hampir 6 tahun (2004 – 2010) watak Anwar Ibrahim di hidupkan semula di dalam kancah Politik Tanahair, selepas beliau di kurung di Penjara Sungai Buloh selama 6 tahun.(1999 – 2004) Sejak terlepas bebas itu, watak ini terlalu rakus dan ganas permainannya membalas dendam hingga menganggu gugat kedudukan Kerajaan Melayu Islam di Negara ini dengan terhasilnya apa yang di panggil tsunami politik.
Pelbagai bencana dan kerosakkan yang telah dilakukan oleh watak ini terhadap Agama, Bangsa dan Negara namun tiada satu pun tindakan konkrit di ambil untuk menamatkan watak rakus jahat ini. Pelbagai bukti dan dalil kononnya telah berada di gengaman pemerintah dan penguatkuasa Negara namun hingga hari ini watak ini masih bebas berkeliaran meneruskan usaha menghancurkan bangsa dan Negara. Pelik sekali kenapa begitu susah watak ini di matikan.
Adakah watak ini sengaja di cipta untuk citrawarna politik Malaysia?. Kalau betul siapa Pengarahnya?. siapa pula penulis Skripnya?. Rakyat dah mula bosan dan muak dengan lakonan murahan kerajaan dan pemerintah dalam menangani watak ini.
Tidak cukup dengan itu, watak ini juga begitu rakus dalam amalan luar tabiinya. hingga ke hari ini masih lagi berhempas pulas untuk memenangkan diri dalam kes liwatnya. Dan hingga hati ini juga kes itu terus di liwatkan.
Kami rakyat biasa dah penat,jemu dan letih dengan semua sandiwara ini, cepat tamatkan cerita ini.
Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang di 11:48:00 PTG 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment