Thursday, February 9, 2012

Hari ini sesama Islam bergaduh, berpecah, dan saling benci membenci pada kebiasaannya. Seolah-olah tiada jalan penyelesaian ke arah perpaduan. Insya-Allah, kata-kata daripada seorang Ulamak Tasawuf yang bernama Yahya Bin Mu’adh boleh kita ambil pengajaran dan iktibar : . “Jika engkau tidak dapat memberi MANFAAT kepadanya, maka janganlah engkau MENYUSAHKAN dia” “Jika engkau tidak mahu MENYUKAKAN dia, maka janganlah engkau MENDUKAKAN dia” “Jika engkau tidak mahu MEMUJI dia, maka janganlah engkau MENCELA dia” . Hari ini orang bergaduh kerana tiadanya kasih sayang. Kasih sayang bukanlah diertikan berkasih-kasihan di umpama kekasih, tetapi lebih kepada ‘memberi’ keselamatan kepada saudara se-Islam kita yang lain. Keselamatan daripada dipukul, dikutuk, dikeji, diumpat dan dihina. Ianya dapat dielakkan dengan keimanan. Ramai yang mengatakan mereka di pihak yang benar, tetapi imannya lemah dan akhirnya ‘kebenaran’ dilitupi dengan permusuhan. Nauzubillah. IMAN LEMAH, RAPUH PERPADUAN!! Blogger Templates Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com 51800 Batu Caves, 2011. Anda mungkin juga meminati: ARTIKEL YANG KEEMPAT DI ILUVISLAM! KONSERT MAHABBAH GAZA MERIAH!! SIAPAKAH YANG PANDAI MENGGUNAKAN MIKROFON? MENGAPA NAK GANYANG MALAYSIA? Hari-Hari Adalah Hari Ibu LinkWithin Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... No related posts. Related Posts Pluginfrom Make Money Online. 2 Comments Cik Aqilah Wardah Says: July 13th, 2011 at 8:40 pm Semoga kita semua diberi kekuatan dan keteguhan iman agar perpaduan tidak runtuh dan kasih sayang yg berpanjangan… Amiiin, insya Allah… ^^ [Reply] Jamal Rafaie Reply: July 13th, 2011 at 8:56 pm Insya-Allah.. Amin!

No comments:

Post a Comment