PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Thursday, February 9, 2012
UMNO Komited Teruskan Agenda Perpaduan Orang Melayu Bersama Pas
KUANTAN, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO bersedia meneruskan rundingan dengan Pas mengenai isu perpaduan Melayu.
Tegas beliau kedua-dua parti itu perlu menghentikan perbalahan dan duduk berbincang bagi mengelak masyarakat Melayu semakin berpecah.
“Kedua-dua parti perlu hentikan perbalahan dan sudah sampai masanya kita melihat kedudukan kaum Melayu pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa dan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, Khamis.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata perbalahan mempertahankan ideologi politik tidak membawa manfaat malah membawa banyak kerugian.
“Masih terdapat sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang inginkan perpaduan kerana jiwa Melayu sememangnya ada dalam diri mereka,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut meminta agar persidangan sayap-sayap UMNO dan UMNO Bahagian yang sedang berlangsung sekarang membincangkan agenda perpaduan Melayu sebagai antara usul utama dalam persidangan masing-masing.
“Ini sesuai dengan ingatan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang mengatakan bahawa Melayu perlu kuat dan orang Melayu akan menjadi kuat bila bersatu padu.
“Ia juga sebagai menyambut seruan Presiden kita, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perlu Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bersama berbincang demi perpaduan Melayu”, ujarnya.
Lagi Berita Berkaitan :
Komponen BN Harus Komited Berjuang Bersama UMNO
Perpaduan Melayu Tonggak Rakyat Harmoni
Majoriti Melayu Setuju Perpaduan UMNO-Pas
NGO Melayu Perlu Suarakan Perpaduan
Berita Bertarikh 20 May 2011 Pada 10:42 AM
Berita Keseluruhan Kategori Berita Lain »
Berita Terkini
Hadi Kecewa, Tangan-Tangan Ghaib Kuasai Pas – Rahimi
Kerajaan Selangor Abai Nasib 1.4 Juta Rakyat Nikmati Air Percuma
Pelaksanaan BRIM Jadikan Pembangkang Malu Sendiri
Sokong Israel : Anwar Gagal Buktikan Beliau Bukan Kaki Putar Belit
Kristian Pun Sokong UMNO, Jadi Kenapa Orang Melayu Perlu Tolak? – John Ambrose
Hilmi ‘pengambil gambar’ Eli Wong sah ditahan Polis Indonesia di Batam
‘Kata-Kata Karpal Cenderung Datangkan Benci, Penghinaan Terhadap Baginda…’.
Program Aman Kampus Jadi Platform Penggerak Masyarakat
Berita Bergambar :
Lawatan
Projek Penapisan
Majlis Tindakan Agenda Bumiputra
Follow umnoonline on Twitter
Log in +
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO
59,848,343 Juta Hits Sejak 1 Jan 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment