PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, February 4, 2012
Hina Bangsa Sendiri: Orang Melayu Perlu Tolak PKR
Oleh: Mohd Nasri Zakariah
KUALA LUMPUR 29 Nov – Orang Melayu perlu memikir secara mendalam berhubung kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia menyifatkan kenyataan Dr Wan Azizah itu adalah untuk menarik simpati rakyat terutama di kalangan pengundi bukan Melayu bagi merealisasikan cita-cita pakatan pembangkang di ketuai PKR merampas tampuk pemerintahan negara ini.
“Orang Melayu bukannya perlu berfikir sejenak, mereka perlu merenungnya berpuluh kali, apa yang dikatakan itu memberi kesan besar kepada orang Melayu, orang Melayu belum sampai tahap untuk disamakan dengan bangsa lain di negara ini.
“Ketuanan Melayu itu adalah wadah memperjuangkan nasib orang Melayu dapat bersama-sama dengan bangsa lain untuk menikmati apa yang ada di negara kita, ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO tidak pernah mengenepikan hak orang bangsa asing.
“Apa yang dilakukan oleh Wan Azizah itu adalah untuk mengelirukan bangsa asing yang kononnya ketuanan Melayu adalah keistimewaan dimiliki orang Melayu sehingga menidakkan hak-hak bangsa lain, itu semua adalah mainan PKR untuk mencapai cita-cita peribadi Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada umno-online.
Sabtu lalu, ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional PKR, Wan Azizah berikrar untuk tidak meneruskan konsep Ketuanan Melayu kerana menganggap konsep itu hanya sebagai slogan yang digunakan oleh sekumpulan elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum itu demi kepentingan diri sendiri
Ucapan Wan Azizah itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan kenyataan itu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.
Dr Shamsul berkata, pencapaian orang Melayu di negara ini masih jauh berbanding dengan bangsa lain, jika ketuanan Melayu ini dihapuskan, bagaimanakah orang Melayu untuk mencapai tahap seperti yang diinginkan pemimpin-pemimpin terdahulu sebanyak 30 peratus.
“Sehingga kini, tahap pencapaian orang Melayu terutamanya membabitkan bidang ekonomi baru 18 peratus, sedangkan bangsa lain sudah jauh ke hadapan bukan sahaja babitkan hal ekonomi, malah apa jua perkara di negara ini mereka sudah jauh meninggalkan kita.
“Bagaimana kita nak terus bersaing, sedangkan keistimewaan yang diberikan sekarang pun, orang Melayu masih jauh ketinggalan, kalau dihapuskan saya pasti orang Melayu akan terus ketinggalan, apakah perkara sebegini harus dibiarkan untuk orang Melayu terus ketinggalan di negara sendiri,” katanya.
Menurutnya, kesedaran mengenai perkara itu bukan sahaja terletak kepada golongan biasa tetapi golongan profesional Melayu perlu melihat apa yang berlaku dan bersama-sama mempertahankan hak yang diperjuangkan mengenai ketuanan Melayu..
“Peranan golongan profesional Melayu dalam perkara ini amat penting, kejayaan dinikmati itu adalah dari hasil konsep ketuanan Melayu, jika tidak ada kerana konsep itu, sudah tentu kita tidak dapat melihat kejayaan yang dinikmati oleh ramai anak Melayu dalam pelbagai bidang tetapi itu masih jauh kalau dibandingkan bangsa lain,” katanya..
Beliau berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa PKR bukanlah parti yang berjuang untuk orang Melayu tetapi sebuah parti yang berjuang untuk individu dan perlu memikirkan secara masak-masak dalam menentukan siapa sebenarnya yang memperjuangkan nasib orang Melayu dan perkara ini perlu diterjemahkan dalam pilihan raya umum akan datang. MediaUMNO.
Lagi Berita Berkaitan :
Sultan Selangor Dukacita Melayu Pertikai Raja, Bangsa Sendiri
Ketuanan Melayu Berkait Rapat Kesultanan Melayu!!!
Pesan Tun Ghazali Shafie, Orang Melayu Perlu Berubah
Orang Melayu Perlu Berdaya Saing Semua Bidang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment