Saturday, February 4, 2012

Orang Melayu Jangan Terpedaya, Sejarah Buktikan DAP Parti Terlalu Cauvinistik MUAR, 24 Mei – Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu. “Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tulang Gajah, Lenga, Pagoh dan menerima borang keanggotaan UMNO daripada penduduk Orang Asli Kampung Sentosa. Muhyiddin mengulas kenyataan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mengatakan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan oleh DAP itu hanya merupakan satu taktik untuk menarik sokongan orang Melayu walaupun parti itu tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini. Parti DAP sebelum ini, menurutnya, hanya mahu mengabui mata orang Melayu untuk menunjukkan bahawa ia merupakan sebuah parti yang berjuang untuk semua kaum, sedangkan hakikatnya tidak sedemikian. “(Orang) Melayu kena sedar, jangan dipecahbelahkan hanya kerana ada pihak yang kata mereka berjuang untuk orang Melayu. Kita tidak pernah dengar DAP memperjuangkan (hak orang) Melayu, malah mereka hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu),” katanya. Menurutnya, DAP yang hanya bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya adalah daripada kaum Cina, tidak pernah bersetuju dengan dasar membantu orang Melayu yang dianggap oleh parti pembangkang itu sebagai perkauman. “Saya fikir DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah,” kata Muhyiddin sambil menambah, DAP mempunyai perjuangan yang sempit. Lagi Berita Berkaitan : Melayu Jangan Terlalu Naif, Mudah Terpedaya Kosmetik Politik Dap Taktik Letak Calon Melayu Untuk Selindung DAP Parti Perkauman Dap Jangan Timbulkan Kemarahan Orang Melayu – Najib Hina Bangsa Sendiri: Orang Melayu Perlu Tolak PKR Berita Bertarikh 24 May 2011 Pada 4:00 PM

No comments:

Post a Comment