PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, February 24, 2012
Isu Hudud: Pas Tunduk Lagi Pada DAP…
29 September 2011 XPressMinda Leave a comment Go to comments
Bagai dijangka oleh sekian ramai pemerhati politik, akhirnya Pas tunduk lagi pada DAP.
Matlamat Pas utk mempolitikkan sekali lagi isu Hudud nampak gayanya terbantut kerana kekangan dasar yg dipersetujui oleh Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun sidang akhbar oleh Anwar Ibrahim itu cuba bermain silat kata utk menjaga perasaan penyokong & ahli Pas bawahan, hakikatnya Pas perlu jugak mengekor dari belakang kehendak DAP.
Ugutan DAP utk meletakkan jawatan beramai-ramai dan keluar drpd PR amat berkesan hingga menjadikan Pas sekali lagi bakal meng’tongsampah’kan prinsip perjuangan mereka sama seperti mereka campak ke longkang dasar negara Islam.
“Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.
“Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.
“Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga.” - Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011
Cuba baca perenggan demi perenggan kenyataan Anwar di atas dan fahami buah silat Anwar.
Kenyataan yg playsafe namun nawaitu di hujungnya Pas mesti follow kehendak DAP. Kalau setakat nak bercerita soal hudud dalam ceramah sebagai penarik undi Melayu Islam, boleh aja. No problem..
Tersirat maksudnya ialah “andai ada hati utk melaksanakan Hudud, no way man… tolong ingat kembali deklarasi bersama PR dan Buku Jingga yea”. Gitulah maksudnya.
Ha..ha.. sekali lagi Nik Aziz gagal dalam misinya utk mengalih pandangan rakyat terhadap kecelaruan prinsip parti Pas.
Selingan 1
Kata Anwar, PR menerima penjelasan Takiyuddin Hassan (Exco Kerajaan Pas Kelantan) bahawa Hudud hanya dapat dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan persekutuan sahaja.
“Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan”. - Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011
Ha..ha.. perlembagaan kena pinda yea… Jadinya, setakat ni paling tinggi pernah kah Pas bertanding melebihi 2 per 3 kerusi parlimen sebagai bukti mereka tidak berniat mempermainkan Hudud sebagai umpan politik kepartian?
Nantikan esok hari, aku akan paparkan rekod kerusi parlimen yg pernah Pas tandingi sejak 1959 hingga 2008 sebagai bukti Pas hanya main wayang politik sahaja dalam bab isu Hudud ni. Tiada kesungguhan, tiada usaha bersepadu, yg ada hanya cakap kosong umpama penjual ubat di jalanan.
Selingan 2
“Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat”. - Anwar Ibrahim / Harakhdaily /29 Sept 2011
Balik-balik UMNO & BN jugak yg dijadikan kambing hitam oleh Anwar & Pas. Skrip sama dulu sampai la nie.
Bila gagal atau tak tercapai target depa, UMNO & BN depa carik utk letakkan beban janji-janji palsu depa.
UMNO mahupun BN tidak pernah mempolitikkan isu Hudud, yg duk berjanji sakan dalam ceramah politik ialah Pas yg kononnya sebelum ayam jantan habis berkokok hukum Hudud terus dillaksanakan dalam pentadbiran negeri mahupun negara.
UMNO, BN & Kerajaan Pusat tetap dengan pendirian utk memperbaiki dan manambah baik perundangan Syariah sediaada secara berperingkat.
Jadi sejak bila pulak UMNO yg jadi punca keretakan kesatuan PR?
Rate this:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment