Friday, February 24, 2012

PAS kini tidak lebih sekadar pelacur pemuas nafsu DAP dan PKR! Posted on Thursday, January 15 @ 23:04:16 GMT+8 Topic: Utama Sebenarnya janji PAS untuk melaksanakan hudud di negara ini sudah lama. Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan dalam Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk "Program PAS Negeri Kelantan 1990". Kemudian bila dapat memerintah Kelantan, PAS gagal melaksanakannya. Berikut kenyataan pemimpin PAS selepas 8 tahun memerintah Kelantan, "Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998). Pada 21 Disember 2008, Husam Musa (Naib Presiden PAS) berkata parti itu akan menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud di Balai Islam, Kota Bharu. Apakah kenyataan Husam ini hanya diulang kembali semata-mata untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu?. (Gambar: Kenyataan Karpal dalam Malaysiakini pada 14 Januari 2008 yang secara jelas menolak hudud). Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS terus terusan menuduh UMNO yang menolak hudud bersama dengan MCA dan MIC. Sepanduk dibuat untuk menyatakan UMNO yang kononnya menghalalkan semua maksiat yang ada di muka bumi Malaysia sekarang ini. Bila Dewan Pemuda PAS mengusulkan agar negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pemerintahan Islam, ianya ditolak oleh DAP. Jadi bagaimana hendak buat pemerintahan Islam kalau PAS masih lagi bersama dengan DAP? Apakah PAS tidak sedar bahawa di mahkamah syariah sekarang ini sudah lama diamalkan perundangan Islam?. Bila Karpal Singh memberi kata dua kepada PAS agar jangan melaksanakan hudud. Kenyataan ini memberi PAS pilihan, sama ada bersama dengan DAP untuk membuat negara Islam atau bersama dengan DAP untuk menolak negara Islam? Yang mana satu hendak dipilih oleh PAS? Mungkin orang PAS sendiri terlupa bahawa pada 8 April 2008 Husam Musa yang memulakan janji untuk melaksanakan hudud pernah juga berkata bahawa "agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS". (Rujuk sini). Bagaimana hendak buat hudud jika Husam sendiri pun tidak bersetuju dengan agenda negara Islam?. Pada 14 Januari 2008 dalam ceramah di Kubang Parit, Wakaf Mempelam, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Pemuda Keadilan) telah bersumpah dengan nama Allah SWT menyatakan bahawa ketika dia mahu keluar dari PKR, dia telah berjumpa dengan Husam Musa terlebih dahulu. Ezam menyatakan bahawa dia keluar PKR atas faktor peribadi Anwar. Kemudian Husam Musa menyatakan kepada Ezam bahawa "kita mahu tunggang Anwar demi politik sahaja". Oleh itu, siapa yang tunggang siapa sekarang ini? Anwar tunggang Husam untuk menguasai PAS menjelang muktamar pada Februari ini? Atau Karpal Singh yang tunggang Husam untuk menolak hudud? Sanggupkah PAS melawan dan menongkah arus dengan DAP demi menegakkan negara Islam dan hudud? AZRINIZAM IBRAHIM Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM) PAS MUDAH LUPA: Segalanya Kerana Kuasa RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”. KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :“Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini." Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri. “Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW”. Berikut ialah kenyataan Haji Hadi Awang sewaktu perbincangan penubuhan Pakatan Rakyat: Menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya Selasa yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas. KESIMPULAN : DEMI PKR DAN DAP, PAS DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI AKAN MENGORBANKAN PRINSIP DAN UNDANG-UNDANG TUBUH PARTI PAS SENDIRI. AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS YANG MAHUKAN ISLAM, SEDARLAH BAHAWA TIADA LAGI PERJUANGAN DAN SYARIAT ISLAM DI DALAM PAS.PERJUANGAN HUDUD BUKAN LAGI MAKE UP BUAT PAS. Alaihai PAS.. mengapa begini? Sumber: MyMassa.com

No comments:

Post a Comment