PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 20, 2012
Kerajaan Selangor bercadang nak tubuh Cybertrooper dan satu kursus akan diadakan pada 14 dan 15 Mei nanti. Lecture adalah Rafizi Ramli , Hisyamuddin Rais dan pakar IT Ramli Ishak. Dikatakan Anwar Ibrahim akan hadir untuk pemberian sijil. Biasalah taktik nak tarik orang datang gunalah nama Al Juburi nie.
Aku tak nak cerita pasal kerajaan negeri guna dana rakyat tetapi aku nak cerita satu perkara yang perlu UMNO Selangor ambil iktibar.
Kursus "be a Cybertrooper" itu nama yang diberikan oleh mereka. Untuk apa khursus tersebut? Antara lain adalah bagaimana untuk menjadi seorang blogger dan disamping itu bagaimana untuk mengelakkan blog atau website daripada di hack oleh orang lain. Itu content wajib yang akan diajar. Bagi aku kursus yang dibuat oleh kerajaan Selangor ini dilihat sebagai satu tindakan yang menyahur seruan PM bahawa media baru begitu penting dalam arena politik sekarang.
Apa perancangan UMNO Selangor? Kita sedia maklum UMNO Selangor ada mempunyai laman web mereka sendiri iaitu www.umno-selangor.com dan juga portal video mereka untuk ceramah SSDE iaitu www.selamatkanrakyatselangor.com. Satu perkara yang kita perlu tahu bahawa hanya UMNO Selangor sahaja mempunyai portal video sendiri walaupun video tersebut diupload di Youtube tetapi kesungguhan mereka untuk menjadi one stop centre untuk setiap ceramah SSDE patut dipuji. Adakah kita sedar bahawa UMNO Selangor memiliki stesen radio online sendiri dan juga sistem web tv yang lebih bagus daripada TV Selangor? Mungkin ramai yang tidak sedar.
Bagaimana dengan kerajaan Selangor? Dana yang diberikan cukup hebat, tetapi apa yang boleh dilihat keberkesanannya adalah kewujudan SelangorTV sahaja itupun KGC dapat maklumat banyak salah guna kuasa berlaku. Itu akan KGC ceritakan kemudian.Dokumen TVSelangor dalam perjalanan dari SUK ke meja KGC.
Atas kesedaran itu, aku secara peribadi menyokong kursus "be a Cybertrooper" yang dibuat oleh kerajaan Selangor. Walaupun byk keburukkan dalam kerajaan Khalid Gagap ini tetapi kadang-kadang tindakan mereka mendahului UMNO Selangor. Itu tidak boleh dinafikan walaupun hanya sedikit sahaja.
Mereka dalam perancangan untuk menyediakan pasukan blogger untuk menepis serangan daripada blogger-blogger pro BN daripada Selangor khusus untuk isu-isu di Selangor. Dalam masa yang sama mereka mahu menyediakan pasukan hacker yang mampu menceroboh mana-mana lama web pro BN di Selangor. Itu asas kepada hal-hal yang berkaitan dengan media baru. Tidak terkecuali mereka juga akan mengupah hacker daripada luar negara untuk melakukan kerja-kerja hack ini dalam membantu jentera yang sedia ada.Maklumlah dana yang diberikan Khalid Gagap cukup besar. Kenapa? Jawapannya senang kerana Khalid Gagap menyedari bahawa mereka jauh ketinggalan dalam menjawap segala serangan daripada blogger Pro BN di Selangor.
Bagaimana dengan UMNO Selangor? Mereka perlu menyediakan satu pasukan yang sama hebat atau lebih hebat daripada kerajaan Selangor. Bagi aku UMNO Selangor mampu berbuat demikian. Kenapa aku bercakap begitu? Kerana purata blogger-blogger yang hebat kebanyakkannya ada di Selangor. Sebagai contoh. Gerakan Anti PKR, Papa Gomo, Medan Info Kita, Darul Ehsan Today tidak terkecuali Belantan, Cucu Tok Selampit, Gerakan Timur dan ramai lagi.
UMNO Selangor harus mengambil kesempatan atas kehebatan mereka-mereka ini untuk melanyak kerajaan Selangor secara berterusan. Tiba masanya PRU nanti semua blogger akan memberi fokus kepada negeri masing-masing. Kerugian yang besar sekiranya mereka-mereka ini tidak di hargai di negeri sendiri.Terlalu banyak isu kepincangan kerajaan Selangor untuk diceritakan. Isu Al Juburi sahaja sudah cukup untuk menjahanamkan rejim Khalid Gagap.
Aku yakin mereka bukan mencari kemewahan tetapi mereka mahu dihargai. Pengerusi UMNO Selangor adalah Perdana Menteri jelas menyatakan keperluan media baru dalam politik sekarang. Aku juga yakin ada dikalangan blogger sedia membantu hanya dengan sedikit penghargaan. Apa yang penting arah tuju merampas kembali Selangor tidak tersasar. Nikmat kemenangan itu lebih berharga daripada wang ringgit bagi mereka yang ikhlas terhadap perjuangan.
UMNO Selangor harus bertindak. Jangan berlengah lagi. Satu langkah kedepan PKR Selangor dalam media baru bermakna langkah UMNO Selangor merampas Selangor akan jadi semakin mengecut.
Fikir-fikirkanlah.
... Read the rest
Tags - Del Tec Bli Spu Dig
Kronologi Video Full Version 12 Min- Antara Permatang Pauh dan China
2
29/04/2011 21:51 Comments 0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment