Monday, February 20, 2012

Sumpah laknat Dato Eskay dah selesai sebentar tadi. Sumpah yang sama dibuat oleh Saiful Bahari, sumpah yang sama dibuat oleh Najib atas tuduhan pembunuhan Altantuya. Ini bermakna procedure bersumpah itu mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Tiada penambahan dari segi Ayat Al Quran cuma tujuan sumpah itu berbeza. Demi Kaki Liwat sembahyang pun 2 imam..hebat betul penangan manusia munafik anugerah tuhan ini. PAS yang ramai alim ulama dan juga ular dalam semak patut bagi komen tentang sumpah laknat nie. Dari segi Islam apa maknanya sekiranya seseorang itu melakukan sumpah laknat. Jangan beri komen kerana nak mempertahankan Anwar Ibrahim. Bagi komen atas dasar seorang Islan yang dianugerahkan sedikit kelebihan iaitu diberi kemudahan untuk mendalami ilmu Allah. Orang PAS patut tanya pemimpin mereka. Jangan nak bagi komen ikut sedap hati. Tanya mereka yang betul-betul boleh membantu. Jangan tanya N.Ajis sebab dia akan spin 360 darjah. Jangan tanya Khalid Samad sebab dia lebih suka dialog dengan orang Kristian. Jangan tanya calon Timbalan Presiden Mat Sabu sebab dia pun lebih kurang mcm Anwar juga. Cari mereka yang betul-betul ikhlas pada PAS untuk memperjuangkan Islam dan berpegang kepada ajaranNya. Aku tak tau nak cadangkan siapa pemimpin dalam PAS tapi mungkin boleh tanya pada Ustaz Harun Din..Insaallah dia boleh membantu. Dah dapat jawapan cuba fikirkan patut ke PAS bersengkokol dengan parti yang rendah moralnya dan juga yang bersikap perkauman seperti DAP. Kalau PAS masih mahu bersama mereka, penyokong PAS patut fikir patutkah mereka terus memperjuangkan parti yang sudah jauh terpesong arah perjuangan mereka.. Fikir baik-baik

No comments:

Post a Comment