Sunday, February 12, 2012

Orang nak meniaga la.. SEBAHAGIAN daripada peniaga membantah tindakan MDPT menutup pasar sehari Naka, Padang Terap semalam. Kira-kira 400 peniaga pasar sehari Naka di sini mendakwa mengalami kerugian apabila mereka tidak lagi dibenarkan berniaga di tapak tersebut oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sejak dua minggu lalu. Rata-rata peniaga tidak berpuas hati apabila hanya tapak pasar sehari sahaja diarah tutup manakala peniaga lain termasuk pasar malam dibenarkan beroperasi seperti biasa. Kalangan peniaga mendakwa rugi antara RM300 hingga RM500 sehari selain terpaksa menanggung kos bahan jualan yang rosak akibat tidak dapat berniaga. Wakil peniaga, Matzuki Shamsul, 42, berkata, walaupun tapak niaga ditutup untuk sementara waktu sahaja namun ia menjejaskan periuk nasi mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. "Semua peniaga di sini ada keluarga untuk diberi makan dan jika kami terus dihalang untuk berniaga, sukarlah kami nak cari rezeki untuk tampung perbelanjaan harian," katanya ketika mengadakan perhimpunan bantahan di tapak pasar sehari itu di sini semalam. Matzuki berkata, pihak MDPT sepatutnya mengambil inisiatif lain seperti menggantikan tapak yang ditutup dengan tapak sementara yang lain untuk peniaga meneruskan perniagaan. "Ini tidak, cuma bagi notis dan tutup tapak menyebabkan peniaga di sini kerugian kerana tidak dapat berniaga," jelasnya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan MDPT itu dilihat menindas peniaga tersebut. You might also like: Kata Zahrain... Azmin Perlu Dedah Kemungkara​n Anwar Perkasa selar paderi pertikai fasal 153 Perlembagaan ketika ... Sama tapi tak serupa Kemenangan penari bogel ditarik balik PAS Bodo LinkWithin Related Posts Nak antaq balik pun depa bising China Doll nih tak ngaku Lesbian Susulan PELANGGAN KURANG AJAR kat K... Guan Eng dengan bangga akan kata in... Lagi restoran jamu GRO kena ambush Ditampal oleh Lantak Hangpa La pada 8:43 PG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disumberkan dari kosmo

No comments:

Post a Comment