PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 12, 2012
Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyelar tindakan seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas hari ini.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan, perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam khutbah Imam-Imam masjid di negara ini sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.
“Perkasa melahirkan rasa kecewa dan mengutuk bila mana ada seorang pemimpin tertinggi gereja mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat. Hal sebegini tidak pernah berlaku dalam ucapan dan khutbah yang disampaikan Imam-Imam umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Jelas Syed Hassan, perihal berkaitan Perlembagaan Negara tidak pernah disentuh oleh golongan Imam masyarakat Muslim.
“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya,” tegasnya.
“Lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat Paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.
Tambahnya, Fasal 153 ada menyebut kaum Bumiputera yang ada juga keturunan lain selain orang Melayu beragama bukan Islam termasuk juga Kristian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment