PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, April 8, 2012
“DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu” kenyataan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) dalam SIASAH, 20-26 Julai 2008. Benarkah DAP tidak pernah tipu PAS? Sejak dari dulu lagi DAP menolak hudud yang mahu dibawakan oleh PAS. Apakah PAS boleh tidur sebantal dengan DAP? Pengerusi DAP hendak saman Sultan Melayu sekarang ini, PAS hendak sokong sama? Mana dia ahli-ahli PAS yang berani lawan DAP? Semuanya takut pada DAP?
Pada tahun 2002, Nik Aziz pernah menyamakan DAP sama saja dengan syaitan. Tiba-tiba, enam tahun selepas itu (2008), Nik Aziz menyatakan pula bahawa DAP tidak pernah tipu PAS. Kenyataan yang mana satu boleh dipakai oleh ahli-ahli PAS?
Pada 8 Februari 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa “Bagi saya kalau dari UMNO bertukar kepada Pas, saya tidak panggil lompat, saya panggil ‘balik kepada asal’ kerana orang Melayu daripada UMNO telah sedar dan kembali kepada perjuangan Islam iaitu PAS, macam anak kita bertengkar dengan ibu bapa keluar rumah dan balik semula ke rumah. Begitu juga kalau dari UMNO ke PKR … bagus sebab PKR menyokong perjuangan PAS,”. Apakah hanya PAS sahaja yang perjuangkan Islam dalam dunia ini? Kenyataan ini cukup mengelirukan, ianya tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Tok Guru. Kembalilah kepada imam sebenar kita jika keliru. Di dalamnya tidak tertulis pun, PAS adalah sesatunya parti yang memperjuangkan Islam. PAS bukan agama, usah terlalu taksub sangat padanya.
from..http://fitrahislami.wordpress.com/2009/02/14/dap-tidak-pernah-tipu-kami-tgna/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment