Sunday, April 8, 2012

Kiblat Pas bukan lagi Kaabah, tapi DAP Published Thursday, December 22, 2011 By minda aktif. Under Politik Sesungguhnya celakalah bagi Pas dan para pemimpinnya kerana telah menipu rakyat dan umat Islam yang tidak berdosa. Selama ini Pas mengatakan penubuhan dan kewujudan parti itu untuk meneruskan kesinambungan para ulamak dan umara menegakkan serta menyebarkan syiar Islam. Malangnya, apa yang berlaku hari ini, Pas yang sebelum ini mendakwa membangun bersama Islam tidak lagi berkiblatkan kepada al-Quran dan Hadis, sebaliknya telah menukar arah sujud mereka kepada parti kafir DAP. Demikianlah pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad sebagaimana dilaporkan media hari ini. Beliau antara pemimpin kanan Pas yang paling lantang memburuk-burukkan bekas ketuanya, Datuk Dr Hassan Ali. Menurut Khalid, Pas hari ini banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej mereka daripada label ekstremis dan pelampau sebelum ini. Malah katanya, sumbangan DAP banyak membantu Pas mendapatkan keyakinan di kalangan bukan Islam terhadap parti itu. Hala tuju Pas yang semakin lalai inilah mendorong Dr Hassan dan bekas Timbalan Presiden Pas Pusat, Nasharuddin Mat Isa bersepakat menegur pucuk kepimpinan agar jangan lalai atau terpesong dengan perjuangan asal parti itu. Bagaimanapun, teguran itu dianggap oleh segelintir pemimpin kanan Pas yang sealiran dengan Khalid untuk memburuk-burukkan Dr Hassan dan Nasha dengan melemparkan tuduhan kononnya kedua-dua pemimpin ini dibeli oleh Umno. Walaupun Dr Hassan dan Nasha menafikan mereka condong kepada Umno dan menyatakan hasrat mereka membuat teguran itu adalah ikhlas demi menyelamatkan maruah Pas, tetapi pucuk pimpinan Pas tidak mahu mendengarnya. Sebaliknya mereka berdua dikenakan hukuman yang sangat mengaibkan. Hukumannya ialah pucuk pimpinan mengizinkan rakan-rakan pemimpin yang lain membuat teguran secara ke atas Dr Hassan dan Nasha. Pucuk pimpinan merestui apa saja bentuk kritikan yang dilemparkan kepada Dr Hassan dan Nasha termasuk yang boleh mengaibkan maruah mereka berdua, asalkan Pas berpuas hati dapat mengajar kedua-duanya yang cuba menunjuk pandai membantah keputusan parti. Maruah Dr Hassan mula terpalit kotor setelah Khalid yang ketika itu reputasinya terjejas teruk akibat mempertahankan penganut Kristian hendak menggunakan perkataan Allah dijadikan kambing hitam oleh Pas Selangor bagi melepaskan dirinya. Khalid dilihat sebagai seorang pemimpin Pas yang kuat mempertahankan penganut kristian, manakala Dr Hassan pula lebih profesional dalam menangani masalah kemelut yang berlaku antara kristian dengan Islam. Sebab itu, Khalid lebih cenderung kepada Cina DAP yang majoritinya adalah penganut kristian. Beliau bersahabat baik dengan kristian kerana mahu mendapatkan pengaruh bagi membolehkannya kekal dalam Pas. Jadi tidak mustahil kalau Khalid kata, DAP banyak bantu Pas bebas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang (hudud) dan paksa orang masuk Islam. Kita (Pas) juga bantu DAP. “Nak menang pilihan raya, Pas mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis,” katanya. Sehinggakan DAP merancang hendak meletakkan calonnya di kawasan orag Islam pun Khalid kata itu adalah usaha yang baik dan mengalu-alukan umat Islam berketuakan kristian. “Bagus,” kata Khalid. “Ini adalah usaha DAP untuk membebaskan diri mereka daripada imej chauvinis,” katanya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kafir DAP. Perjuangan Pas yang jauh terpesong itu meletakkan parti pimpinan Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai parti yang bukan lagi memperjuangkan Islam. Perjuangannya tidak lagi berlandaskan al-Quran dan Hadis. FROM..http://www.mindaaktif.net/?p=3991

No comments:

Post a Comment